Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

85) PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang pada tapak yang disediakan di Bandar Baru Salak Tinggi?

    Tapak Perpustakaan Daerah Sepang

     

    Rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang merupakan projek bina baru di tapak yang telah diberi milikan oleh oleh Pejabat Tanah & Daerah Sepang PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar.

     

    Lokasi kawasan ini amat strategik dan dikelilingi bangunan mahkamah, sekolah menengah, pangsapuri, perumahan dan rumah kedai. Perancangan awal oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor adalah bagi membina sebuah Perpustakaan Daerah yang berkeluasan berkeluasan 90,000 kps. Anggaran kos bagi pembinaan perpustakaan ini adalah  RM36,000,000.00 juta. Ini kerana Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah.

     

    Selain permintaan bagi mewujudkan perpustakaan yang amat tinggi, Daerah Sepang juga telah menunjukkan pembangunan yang pesat dengan keluasan 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 500,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah memerlukan sebuah perpustakaan yang lebih selesa dan sempurna kepada masyarakat.

     

    Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:

     

    BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN
    MPS KPS
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000
    2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000
    3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000
    4. Perpustakaan Pekan/Komuniti 1,394 15,000
    5. Perpustakaan Desa A 139 1,500

     

    Sumber Rujukan: Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Awam oleh Perpustakaan Negara Malaysia

    Program Pembangunan Rancangan Malaysia Ke 11

    Di bawah RMK 11 telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 6,000,000.00 juta kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menyediakan perkhidmatan perpustakaan di Daerah Sepang sebagai tambahan kepada perpustakaan sedia ada iaitu:

     

    1. Perpustakaan Pekan Sungai Pelek,
    2. Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab
    3. Perpustakaan Desa Jenderam Hilir
    4. Perpustakaan Desa Bukit Bangkong
    5. Perpustakaan Desa Bagan Lalang
    6. Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali
    7. Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh

     

    Perpustakaan Cawangan Baru Daerah Sepang

     

    Sehubungan itu, bagi menyokong keperluan di atas dan selaras dengan peruntukan RM 6 juta oleh kerajaan Negeri maka pihak PPAS telah membuat penelitian bagi pembelian 4 lot rumah kedai 3 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang milik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk diwujudkan perkhidmatan Perpustakaan Cawangan Salak Tinggi, Sepang.

     

    Butiran lot adalah sebagaimana berikut:

     

     

    No.

    Lot

    Area Total
     

    19

     

    –   1,474 sq.ft (ground floor)

    –   1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    21

     

    –   1,474 sq.ft (ground floor)

    –   1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    23

     

    –   1,474 sq.ft (ground floor)

    –   1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    25

     

    –   1,474 sq.ft (ground floor)

    –   1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    Jumlah

     

    25,696 sq.ft

     

    Pihak PPAS adalah dalam proses rundingan harga bagi lot-lot berkenaan untuk dibentangkan dan kelulusan didalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PPAS.

     

    Perkhidmatan yang akan disediakan di Perpustakaan Cawangan Salak Tinggi Sepang ini meliputi:

     

    1.       Koleksi Am

    Koleksi buku-buku bacaan yang terkini bagi keperluan semua golongan pembaca meliputi golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

     

    2.       Rujukan Dan Penyelidikan

    Koleksi buku-buku rujukan, ilmiah yang terkini meliputi juga koleksi CD dan jurnal serta langganan pengkalan data yang bersesuaian untuk penyelidikan

     

    3.       Internet dan Multimedia

    Disediakan juga kemudahan komputer dan wifi bagi melayari internet secara percuma

     

    4.       Perkhidmatan Kanak-kanak

    Disediakan pelbagai buku dan multimedia bagi merangsang pendidikan kanak-kanak yang berupa zon kreatif dan edutainment (iaitu gabungan education dan entertainment).

     

    5.       Koleksi Khas; Industri Penerbangan

    Sebagai sebuah negeri yang mempunyai lapangan terbang yang diantara terhebat didunia iaitu KLIA dan KLIA 2 maka Perpustakaan Cawangan Sepang ini akan menghimpunkan koleksi-koleksi spesifik berkaitan industry penerbangan dan aeroangkasa.

     

    6.       Koleksi Khas; warga emas

    Koleksi untuk warga emas dan pesara juga akan diberi tumpuan bagi mengekalkan golongan ini menjadi sahabat perpustakaan dan menjadi tempat yang dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk tujuan menghabiskan waktu terluang juga menambahkan ilmu keagamaan.

     

    7.       Koleksi Khas Untuk Kolej, IPTA dan IPTS

    Disediakan juga koleksi bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan penyelidikan bagi pelajar kolej dan IPTA serta IPTS yang berhampiran.

     

    8.       Pusat Siber Rakyat

    Sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan computer dan multimedia pagi program dan bengkel kemahiran IT dikalangan pengguna.

     

    9.       Bilik Seminar dan bilik perbincangan

    Bilik seminar dan bilik perbincangan adalah untuk kemudahan masyarakat mengadakan program dan aktiviti diperpustakaan.

     

    1. Ruang Pertemuan (meeting area)

    Disediakan ruang santai bagi membolehkan pengguna membuat pertemuan dan perbincangan perbagai bentuk tugasan dan penyelidikan

     

    11.   Surau

    Sebagai kemudahan kepada pengguna beragama Islam, disediakan surau wanita dan lelaki.

     

    12.   Kafetaria

    Disediakan juga kafeteria sebagai satu kemudahan kepada pengunjung perpustakaan untuk berada di perpustakaan seharian

     

    13.   Lift

    Ini adalah keperluan agar perpustakaan lebih mesra pengguna terutamanya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan usia emas.

     

    1. Fasiliti Untuk Keibubapaan (parenting)

    Perpustakaan Cawangan Sepang ini juga akan menyediakan ruangan khas bagi kemudahan ibu dan bayi (nursing room)

     

    15.   Fasiliti Untuk Orang Kurang Upaya

    Fasiliti dalam pelbagai aspek juga akan melihat kepada keperluan golongan OKU dan perpustakaan akan menjadi ‘user friendly’ kepada golongan istimewa ini.

     

    Rancangan Malaysia Ke 12 Bagi Pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang

     

    Perpustakaan akan juga mengemukakan kertas kerja dan cadangan bagi pewujudan sebuah Perpustakaan Daerah Sepang untuk pertimbangan kerajaan Negeri bagi RMK12.

Lampiran

Tiada Lampiran.