Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

7) PERPUSTAKAAN DESA ASSAM JAWA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah perpustakaan baharu bagi menggantikan Perpustakaan Desa Assam Jawa yang sudah usang dan uzur?

    Perpustakaan Desa Assam Jawa adalah di bawah seliaan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan peruntukan bagi menaik taraf dan menyelenggara perpustakaan tersebut adalah di bawah tanggungjawab PNM. Namun demikian pihak PPAS akan mencadangkan kepada pengurusan PNM untuk memberikan keutamaan pembaikan kepada mana-mana perpustakaan di bawah seliaan mereka.

    Pihak PPAS telah menaiktaraf beberapa Perpustakaan Desa yang berada di daerah Kuala Selangor dan berhampiran dengan Assam Jawa seperti Perpustakaan Desa Kg Parit Mahang yang dibina pada tahun 2015, Perpustakaan Desa Ijok (2017) dan yang terbaru ialah Perpustakaan Desa Jeram (2018) yang baru siap dinaiktaraf pada awal tahun ini. PPAS juga sedang dalam proses menaik taraf Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang yang dijangka siap pada 30 Ogos 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.