Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

228) PERPUSTAKAAN DESA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan perpustakaan desa yang ada di Negeri Selangor? Sila nyatakan mengikut daerah apakah syarat-syarat untuk memohon

    Bilangan perpustakaan desa yang ada di Negeri Selangor

    • Sebanyak 71 buah Perpustakaan Desa di Negeri Selangor. Dengan 55 Buah Perpustakaan di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). dan 16 Buah Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara

     

    Daerah Kategori Perpustakaan  

    Jumlah

    Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak
    Petaling 1 3 3 7 14
    Klang 1 1 1 4 7
    Kuala

    Langat

    1 9 1 11
    Kuala

    Selangor

    1 1 1 11 14
    Sabak

    Bernam

    1 2 22 1 26
    Hulu

    Langat

    1 1 3 7 12
    Hulu

    Selangor

    1 1 7 9
    Gombak 1 1 2 4
    Sepang 1 6 7
     

    Jumlah

     

    1

     

    7

     

    4

     

    12

     

    71

     

    9

     

    104

     

    • Syarat-syarat memohon perpustakaan baharu:
    • Sekiranya perpustakaan itu dibina di atas tanah, maka status tanah mestilah jelas dan boleh diwartakan atas nama
    • Sekiranya perpustakaan itu diwujudkan di dalam bangunan sedia ada, premis perpustakaan tersebut mesti diserahkan kepada PPAS.
    • Berikut ialah spesifikasi standard keluasan dan populasi penduduk bagi

    kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memohon perpustakaan.

     

     

     

    BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN MINIMUM POPULASI PENDUDUK
    MPS KPS ORANG
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 500, 001 ke atas
    2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 100,001-500,000
    3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 50,001-100,000

     

    4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Bangunan)  

    1,394

     

    15,000

    10,001-50,000
    Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Rumah Kedai)  

    139-465

     

    1,500 – 5,000

    7,001-10,000
      Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Pusat Beli Belah)  

    112-139

     

    1,204 -1,500

    1,000-7,000
    5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 3,001-7,000
    Perpustakaan Desa B 121 1,300 1,001-3,000
    Perpustakaan Desa C 93 1,000 300-1,000

    Sumber : Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Negara Malaysia

     

Lampiran

Tiada Lampiran.