Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

91) PERPUSTAKAAN NEGERI DAN KEMPEN MEMBACA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif dan strategi terbaru yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Selangor selain menggalakkan mereka membaca buku di perpustakaan?

    Melaksanakan penjenamaan semula Perbadanan perpustakaan Awam Selangor adalah
    inisiatif dan strategi terbaru oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca
    di kalangan rakyat Selangor. Bukan sahaja Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
    telah menjalani proses ‘Rebranding’ (penjenamaan semula) tetapi bermula daripada
    warga PPAS yang perlu mengubah hati, minda dan sikap mereka supaya dapat
    bersama-sama bersungguh-sungguh menjayakan rebranding tersebut. Rebranding
    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sangatlah diharapkan agar dapat memberi
    nafas baru dan wajah baru kepada PPAS agar dapat meningkatkan lagi kualiti
    perkhidmatan kepada rakyat.
    Salah satu agenda rebranding PPAS adalah mengadakan Program Team Building
    PPAS. PPAS telah memperkenalkan Big Picture PPAS kepada semua staf iaitu
    mereka hendaklah membina kepimpinan dan keupayaan dengan mengubah hati, minda
    (mindset) dan sikap mereka ke arah yang positif, proaktif dan berilmu supaya PPAS
    dapat bersama–sama melangkah ke hadapan dan bekerja keras menjayakan
    rebranding PPAS.
    Dengan ini, Bahagian Pentadbiran & Pengurusan dapat menghasilkan kos yang efektif
    serta berkualiti dan Bahagian Sokongan dan Teknikal menghasilkan kerja yang cekap,
    mesra dan berteknologi tinggi. Semua bahagian mestilah berganding bahu, barulah
    menjadi crew PPAS ownership yang tinggi, berintegrasi dan bersatu padu, di samping
    PPAS berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih kondusif dan ceria.
    PPAS dapat membantu semua pengunjung/ pembaca ke perpustakaan dengan ilmu dan
    memberi keyakinan diri kepada masyarakat. Dan dengan ini, ia akan mengubah
    persepsi masyarakat terhadap perpustakaan, sekali gus menjadikannya sebagai tempat
    lepak dengan kemudahan yang lengkap dan selesa seperti kafeteria, WIFI, koleksi yang
    best dan bilik multimedia yang percuma, bersesuaian dengan konsep Perpustakaan
    Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
    Kerajaan Negeri mahukan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dijadikan sebagai
    hub ilmuan, di mana semua masyarakat akan berilmu dan dapat memberi keyakinan
    diri serta dapat berfikir dan membezakan di antara perkara baik dan buruk, serta merta
    dapat membantu kerajaan menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial.
    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang dalam usaha mengesan lokasilokasi yang berpotensi bagi sasaran baru pengunjung/pembaca (untapped
    market/user), contoh di kawasan-kawasan pekan kecil, pinggir bandar, kompleks
    perniagaan, taman perumahan yang masih belum mempunyai perpustakaan. Di
    samping menukar konsep reka bentuk perpustakaan contoh, perpustakaan di dalam
    Kompleks membeli belah, sudut perpustakaan di jabatan, perpustakaan mini di setiap
    rumah. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang berusaha mengenal pasti
    sasaran khusus seperti warga emas, pesara dan bekas guru.
    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang menambah baik aktiviti Gerakan
    Membaca supaya lebih menyeluruh sehingga ke peringkat mukim dan desa. Dalam
    usaha memasyarakatkan perpustakaan , program Jejak Ilmuwan bersama PPAS
    diwujudkan.
    Perpustakaan juga akan memperhebatkan program outreach sedia ada dan
    mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen keahlian secara percuma di Kompleks
    membeli-belah, Summit, Karnival , jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Program ini
    berteraskan perpaduan dan nilai-nilai murni untuk membangun modal insan serta
    menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Lampiran

Tiada Lampiran.