Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

24) PERPUSTAKAAN SUK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK?

    Perpustakaan SUK telah diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK. Kini, Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berperanan sebagai sebuah pusat rujukan dalam bidang perundangan, politik, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli Dewan Negeri Selangor, pegawai serta kakitangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS) ke arah suasana pembelajaran yang sistematik untuk melahirkan warga kerja yang cemerlang. Perpustakaan SUK berperanan bagi menyokong kegiatan perkhidmatan, rujukan dan penyelidikan serta berusaha memenuhi keperluan maklumat jabatan dan menyertai proses penyebaran maklumat kepada Ahli Dewan Negeri dan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor khasnya. Bagi mencapai objektifnya, Perpustakaan SUK telah menambah baik bahan rujukannya. Berikut adalah jumlah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK sehingga bulan Mei 2014 mengikut pecahan:

    BUKU & KOLEKSI PERPUSTAKAAN

     

    Pembelian

     

    BIL JENIS JUMLAH
    1 BUKU (PEMBELIAN) 6622
    2 ENSIKLOPEDIA 111
    3 MAJALAH LAMA 535
    4 CURRENT LAW JURNAL 32
    5 THE MALAYAN LAW JURNAL 16
    6 CD 44
    JUMLAH 7,360

     

    Sumbangan

     

    BIL JENIS JUMLAH
    1 WARTA KERAJAAN 195
    2 KOLEKSI DIRAJA 274
    3 CPA 12
    4 KERATAN AKHBAR 142
    5 KERTAS KERJA 160
    6 JURNAL 16
    7 PENYATA RASMI 235
    8 CD 94
    JUMLAH 1,128

     

Lampiran

Tiada Lampiran.