Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

114) PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dana Kerajaan Negeri dibelanjakan untuk Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) sepanjang 5 tahun yang lepas?

    1. Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) ditaja oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi tahun 2007 – 2008 dengan jumlah tajaan sebanyak RM5 juta setahun. Bagi tahun 2009, FAS ditaja oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan jumlah tajaan sebanyak RM4.106 juta. Bermula tahun 2010, FAS ditaja oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Perbelanjaan ini tidak melibatkan dana Kerajaan Negeri. Cuma pada tahun 2008, Kerajaan Negeri ada memberi pinjaman sebanyak RM500,000.00 kepada FAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.