Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

193) PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perubahan atau reform yang akan dilakukan terhadap FAS?

    Di bawah kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor sebagai Presiden sejak 3hb Julai yang lalu, pelbagai program dan inisiatif telah dirancang dalam menjadikan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebuah organisasi yang telus, terbuka dan berdaya saing.

    Antara langkah pertama yang diambil Tuanku dalam transformasi FAS adalah penganjuran sebuah bengkel perbincangan yang melibatkan wakil dari pemegang- pemegang taruh FAS termasuk badan-badan kerajaan negeri dan perseketuan, badan-badan bolasepak, syarikat-syarikat swasta dan kumpulan-kumpulan peminat bolasepak Selangor. Bengkel tersebut dijalankan selama 3 hari berturut- turut dan berjaya menghimpunkan seramai 116 orang dari 52 organisasi. Hasil perbincangan dan kata sepakat para peserta yang hadir sepanjang bengkel tersebut mengenalpasti sebanyak 23 inisiatif yang merentasi 5 komponen utama iaitu pentadbiran, pengurusan pasukan negeri, pembangunan bolasepak, infrastruktur dan penjanaan pendapatan.

    Dalam usaha melaksanakan 23 inisiatif yang telah dikenal pasti dengan jayanya, Tuanku telah merombak Jawatankuasa Tetap di dalam FAS dan melantik ahli-ahli baharu yang berkebolehan untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan dan sebagai penasihat. Tuanku juga dalam perancangan untuk membawa masuk beberapa staf baharu yang mempunyai latar belakang dan kepakaran yang relevan untuk memastikan kesemua 23 inisiatif yang dikenal pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, sebuah audit juga telah dijalankan oleh Deloitte untuk menilai dan mengkaji keupayaan pentadbiran FAS. Hasil audit tersebut, Deloitte telah mengemukakan 20 cadangan untuk menambah baik dan memperkasakan sistem pentadbiran FAS. Tuanku telah menubuhkan sebuah ‘taskforce’ di bawah kendalian Dato Sri Shahril Mokhtar, Timbalan Presiden FAS untuk memastikan 20 cadangan ini diterapkan di dalam sistem pengurusan dan pentadbiran FAS pada masa hadapan. Segala usaha ini adalah untuk memastikan kesemua 23 inisiatif yang telah dikenal pasti semasa bengkel perbincangan FAS dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha mengubah dan memacu FAS untuk menjadi sebuah organisasi bolasepak yang mampan dan berdaya saing dalam 5 tahun yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.