Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

245) PERSATUAN SUKAN & BOLA SEPAK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah pemantauan telah dilaksanakan terhadap persatuan-persatuan sukan dan tahap kerjasama yang diberikan dalam memajukan sukan-sukan tersebut?

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap pencapaian bola sepak di Negeri Selangor ketika ini dan tidak akan berdiam diri bagi mengelakkan Selangor terus ketandusan untuk menjulang piala dalam Kejohanan Liga Malaysia. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa langkah yang sewajarnya untuk memulihkan kegemilangan bolasepak di Negeri Selangor. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membantu dengan memperbanyakkan lagi program-program pembangunan sukan bolasepak di peringkat akar umbi seperti penganjuran Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar Bawah 16 Tahun, Sukan Selangor (SUKSES), Piala Raja Muda, Piala Mokhtar Dahari, dan lain-lain program pembangunan sukan bolasepak dengan tujuan mencari bakat-bakat baru untuk digilap.

    Dalam membantu pihak Persatuan untuk mengembalikan dan memulihkan kegemilagan bola sepak negeri Selangor MSN Selangor telah membantu pihak FAS dalam mempertingkatkan program akar umbi. Ini termasuklah memperbanyakkan lagi penganjuran kejohanan diperingkat bawah umur. Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor dalam memastikan atlet diperingkat sekolah mendapatkan latihan yang terbaik dan secukupnya melalui pendedahan kejohanan sepanjang tahun di Liga Bola Sepak Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lampiran

Tiada Lampiran.