Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

232) PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM TENGKUJUH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan persediaan kerajaan negeri bagi menghadapi musim tengkujuh?

    Bagi menghadapi Musim Banjir / Tengkujuh, Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah melaksanakan Mesyuarat Persediaan Menghadapi Musim Monsun Peringkat Negeri Selangor pada 7hb Oktober 2015. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 44 Jabatan/Agensi dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Pelan Persediaan bagi menghadapi Musim Banjir / Tengkujuh Peringkat Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    1. Semua Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diarah melaksanakan Mesyuarat Persediaan diperingkat daerah dengan segera untuk memastikan perancangan awal dalam pengurusan aset pemindahan dan menyelamat, pengurusan pusat pemindahan serta bekalan bahan mentah yang mencukupi.

     

    1. Sejumlah 180 Pegawai dan 1188 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Selangor diletakkan dalam keadaan bersedia 24 jam.

     

    1. Sejumlah 28 Pegawai dan 427 anggota aktif Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor diletakkan dalam keadaan bersedia 24

     

    1. Sejumlah 877 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor, 417 sukarelawan JKM, 21 Kaunselor dan 31 buah kenderaan JKM diletakkan dalam keadaan bersedia 24

     

    1. Aset bagi tujuan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) oleh JPBM adalah seperti berikut:

     

    Jenis

    Kenderaan

    Bilangan Kapasiti Catatan
    Bot

    Aluminium

    42 Unit 12 Pax  
    Bot Kevlar 1 Unit 12 Pax  
    Jet Ski 12 Unit 2 Pax  
    Lori

    HICOM

    8 Unit 5 Ton  
    Lori ISUZU 10 Unit 3 Ton  
    4WD 50 Unit    
    Ambulan

    EMRS

    18 Unit    
    Jentera

    Bomba

    45 Unit    
    Helikopter

    MI17

    2 Unit 24 Pax Pengkalan Udara

    Subang

    Helikopter

    109 Agusta

    1 Unit 6 Pax Pengkalan Udara

    Subang

    Helikopter

    139 Agusta

    2Unit 12 Pax Pengkalan Udara

    Subang

     

     

    1. Aset bagi tujuan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) oleh JPAM adalah seperti berikut

     

    Jenis

    Kenderaan

    Bilangan Kapasiti Catatan
    Lori 2 Unit 5 Ton  
    Lori 3 Unit 3 Ton  
    4WD 10 Unit    
    Ambulan 13 Unit    
    Van

    Pengankutan

    5 Unit    
    Bot 13 Unit    
    Motorsikal 4 Unit    

     

    1. Sejumlah 432 Pusat Pemindahan berkemampuan menampung 85,000 orang mangsa telah disenaraikan oleh JKM. Depot JKM Sungai Buloh telah bersedia dengan 44 jenis bekalan dengan kuantiti yang mencukupi bagi menghadapi banjir di Negeri

     

    1. Sejumlah 120 pam air / banjir ( pelbagai jenis) Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dalam keadaan baik dan bersedia. Semua 69 Stesen Telemetri, 82 Stesen Amaran, 14 Stesen Sukatan

     

    Luahan, 124 Stesen Curahan Hujan, 14 Stesen Paras Air dan 18 Stesen Kamera Pemantauan Banjir dalam keadaan baik dan bersedia.

     

    1. Briged 11 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berada dalam keadaan

     

    1. Peraturan Tetap Operasi Tindakbalas Menghadapi Bencana Banjir telah diedar kepada semua Jabatan /

     

    1. Bilik Gerakan Bencana Negeri akan membuat penyelarasan komunikasi dengan semua Bilik Gerakan Daerah dan Jabatan berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.