Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

77) PERSEDIAAN MENJADI TUAN RUMAH SUKMA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perlukah kerajaan memberi peruntukkan lebih awal dan tinggi sebagai persediaan menghadapi SUKMA 2022 lebih-lebih lagi selaku tuan rumah?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selanogr semestinya memerlukan peruntukkan yang optimum bagi perancangan persediaan sekiranya dilantik sebagai penganjur. Dua (2) aspek utama dalam pengelolaan SUKMA 2022 yang perlu diutamakan adalah persiapan infrastruktur dan persediaan kontinjen.

    Bagi persediaan pasukan, ianya lebih kritikal kerana proses pembangunan prestasi atlet-atlet memerlukan jangkamasa yang panjang untuk membentuk sebuah pasukan mahupun individu yang mantap. Antara perancangan yang telah digariskan adalah menjalani latihan luar negara, melantik jurulatih luar negara, penyediaan pakej kebajikan atlet yang terbaik, menjalankan program persiapan mental yang berkala, memperkukuhkan sistem sokongan Sains Sukan yang perlu ada dalam sesebuah program sukan berprestasi tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.