Persediaan Sukma 2020

103) Persediaan Sukma 2020

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah tahap persiapan kontinjen negeri Selangor dalam menghadapi kejohanan Sukan Malaysia 2020 yang telah ditangguhkan sehingga 2021?

    Soalan ini dijawab bersekali dengan pertanyaan mulut No. 7 daripada Permatang.

    Jawapan bagi Sub Soalan A, B dan C:

    Sebelum pengumuman PKP, pihak Majlis telah menjalankan program latihan SUKMA seperti biasa mengikut periodisasi yang telah dirancang awal oleh pihak jurulatih pasukan. Temasya SUKMA yang telah ditetapkan sepatutnya adalah pada bulan Julai 2020 namun berikutan pengumuman PKP pada 18 Mac 2020, pihak Majlis telah memutuskan untuk semua program latihan di pusat latihan ditangguhkan dan atlet-atlet perlu menjalani latihan fizikal di kediaman masing-masing. Setelah pihak MKN dan KBS mengumumkan kebenaran menjalani latihan sukan, pihak Majlis telah memberi kebenaran untuk meneruskan latihan persediaan pasukan bermula 1 Julai 2020 setelah pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) memberi kebenaran untuk menjalani latihan dengan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

    Meskipun latihan telah dimulakan pada 1 Julai 2020, terdapat kekangan yang dihadapi oleh pihak Majlis iaitu beberapa pusat latihan yang menggunakan kemudahan sekolah tidak dapat digunakan. Pihak MSNS seterusnya telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menggunakan kemudahan pusat latihan yang berada di bawah seliaan mereka. Walau bagaimanapun, pertengahan Oktober 2020 ini program latihan pasukan SUKMA sekali lagi terganggu berikutan peningkatan kes Pandemik COVID-19 yang melibatkan Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dan perlu berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Malangnya aktiviti berkaitan sukan terpaksa dihentikan sekali lagi dan atlet-atlet ini meneruskan latihan fizikal di rumah masing-masing untuk mengekalkan stamina.

    Kronologi program latihan persediaan pasukan sepanjang tahun 2020 adalah seperti berikut :

    Sepanjang tempoh PKP, semua atlet telah menjalani latihan fizikal di kediaman masing-masing. Latihan mereka dipantau oleh jurulatih menerusi aplikasi video atau melalui aplikasi zoom. Laporan pemantauan prestasi dilaporkan kepada MSNS secara bulanan. Elaun jurulatih masih lagi dibayar untuk memantau perkembangan atlet-atlet mereka. Data latihan akan dianalisa oleh jurulatih bagi memastikan atlet berada di tahap yang dikehendaki.

    Sebelum PKP dilaksanakan, pihak Majlis telah mensasarkan sebanyak 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa bagu SUKMA 2020 dan sasaran ini telah dibuat berdasarkan prestasi pasukan masing-masing. Dengan sasaran pingat yang dinyatkaan tadi, pihak MSNS telah menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga terbaik untuk kedudukan ranking pingat secara keseluruhan untuk SUKMA di Johor akan datang.

    Pihak Majlis sentiasa memandang berat isu keselamatan atlet dan akan sentiasa memantau perkembangan semasa untuk membolehkan atlet terus berlatih dan mengekalkan prestasi di tahap yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.