Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

103) PERSEDIAAN SUKMA 2020

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan serta usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi SUKMA 2020?

    Persiapan serta usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) adalah dengan memberi tumpuan kepada sukan-sukan yang berpotensi pingat emas iaitu kepada atlet dan sukan yang menawarkan pingat yang banyak dengan melalui program latihan yang efektif, pendedahan kejohanan luar dan dalam negara, analisa prestasi yang berkala, program Sains Sukan kepada jurulatih dan pelbagai lagi program yang dirancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.