Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

186) PERSEMPADANAN KAMPUNG DAN MEWUJUDKAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri membuat perubahan kepada persempadanan kampung dan mewujudkan kampung-kampung yang baru?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan persempadanan kawasan sedia ada. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN bertarikh 16 November 2016 yang telah disahkan oleh MMKN ke 38/2016 pada 23 November 2016 telah mengiktiraf tiga (3) buah kampung yang baru sebagai Kampung Tradisi iaitu Kampung Lombong Daerah Klang, Kampung Wira Damai Mukim Batu Daerah Gombak dan Kampung Paya Tanjung Mukim Beranang Daerah Hulu Langat yang menjadikan jumlah Kampung Tradisi secara keseluruhan 371 buah.

    Selain itu dalam Kajian Perancangan Fizikal Desa Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh pihak PLANMalaysia@Selangor pada tahun 2016, terdapat perancangan untuk menstruktur/ menyusun semula kampung yang terletak di pinggir bandar terutama sekali bagi kampung yang sudah tidak menepati ciri-ciri kampung seperti jumlah penduduk yang melebihi 10,000 orang.

    Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Pelan Tindakan Khas (PTK) Penstrukturan Semula Kampung Dalam Bandar Negeri Selangor 2019-2023 yang mana ianya bertujuan untuk penstrukturan semula kawasan kampung di Negeri Selangor yang akan memfokuskan kepada 27 buah kampung dalam bandar yang terdapat di Negeri Selangor.

    Senarai 27 kampung yang terlibat dalam PTK adalah seperti berikut:

    DAERAH PETALING

    1. Batu 14, Puchong
    2. Baru Seri Kembangan
    3. Padang Jawa
    4. Sungai Kayu Ara

    DAERAH KLANG

    1. Pandamaran Jaya
    2. Raja Uda
    3. Telok Gudang
    4. Delek
    5. Padang Jawa
    6. Kuantan
    7. Sungai Pinang Bandar
    8. Rantau Panjang
    9. Baru Pandamaran
    10. Batu 4 Jalan Kapar
    11. Sungai Udang
    12. Meru
    13. Jawa
    14. Kg Bukit Naga

    DAERAH KUALA SELANGOR

    1. Sungai Kajang
    2. Assam Jawa

    DAERAH GOMBAK

    1. Laksamana
    2. Gombak Utara
    3. Selayang Baru

    DAERAH HULU SELANGOR

    1. Kg. Dato’ Harun (Melayu)

    DAERAH KUALA LANGAT

    1. Telok Panglima Garang
    2. Banting

    DAERAH HULU LANGAT

    1. Kg. Pandan Dalam

     

Lampiran

Tiada Lampiran.