Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

19) PERSEMPADANAN SEMULA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan atau cadangan Selangor dalam proses persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan cadangan persempadanan bagi Selangor?

    Pada 4 September 2013 MTES-MMKN telah memutuskan satu usaha untuk memahami dan mengkaji isu Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Negeri Selangor dibuat. Ini adalah sebagai satu usaha proaktif sebelum cadangan persempadanan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Persempadanan ini perlu bagi memberikan keseimbangan kependudukan di antara kawasan dan daerah-daerah persempadanan di Negeri Selangor.

    Satu pasukan telah pun ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti cadangan Kerajaan Negeri untuk dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Pasukan ini disarankan untuk mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang telah terlibat secara langsung dengan SPR, UPEN sebagai sekretariat. Pandangan daripada pihak profesional yang terlibat secara langsung mengkaji perkara ini juga disarankan untuk turut serta.

    Kerajaan Negeri menjalankan kajian persempadanan semula ini dengan mengambil kira asas kepada standard yang telah dipraktiskan di peringkat antarabangsa iaitu “1 rakyat 1 undi 1 nilai” dan juga perkara yang praktikal dalam konteks pentadbiran Negeri yang lebih dilihat dari aspek kepentingan rakyat.

    Cadangan-cadangan ini masih dalam penelitian pasukan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.