Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

99) PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana pelan tindakan oleh agensi? Agensi kerajaan dalam persediaan andaikata berlakunya banjir-banjir kilat dan banjir besar?

    Pelan tindakan bagi menghadapi banjir adalah seperti berikut :

    Sebelum banjir :

    • Mengenalpasti dan menyelenggara rekod kawasan-kawasan banjir. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)
    • Memastikan infrastruktur untuk sistem ramalan dan amaran awal banjir berada dalam keadaan sempurna. (JPS)
    • Memastikan aset-aset dan peralatan dalam keadaan bersedia. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)
    • Memantau tindakan agensi dalam melaksanakan program pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur saliran. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)

    Semasa banjir :

    • Menyalurkan maklumat seperti kenaikan paras air dan keamatan hujan serta maklumat lokasi banjir. (JPS)
    • Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Bencana Negeri dalam bentuk peralatan seperti pam, jentera dan kenderaan. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)

      Selepas banjir :

    • Laporan dan penilaian kerosakan banjir
    • Mengenalpasti punca-punca dan cadangan penyelesaian
    • Pengutipan data-data banjir seperti bilangan mangsa yang terlibat, keluasan kawasan banjir, senarai jalan-jalan yang terlibat banjir
    • Menyelaras permohonan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi tindakan jangka masa pendek dan jangka masa
    • Menentukan keutamaan kepada kawasan – kawasan yang kerap banjir
    • Mengenalpasti dan menilai impak banjir
    • Membuat pemantauan banjir dari segi ramalan banjir berdasarkan kuantiti hujan yang turun, kenaikan paras air sungai
    • Menyalur maklumat banjir dari segi hebahan media cetak atau elektronik kepada orang awam
    • Menilai dan menyediakan cadangan penyelesaian terhadap aduan banjir
    • Untuk mengenalpasti kawasan banjir dengan keutamaan ‘hot spot’ kawasan banjir. Keutamaan ‘hot spot’ kawasan banjir merujuk kepada kawasan yang ditenggelami air secara berulang kali setiap

Lampiran

Tiada Lampiran.