Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

65) PERTAMBAHAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menambah jumlah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memandangkan kepesatan penduduk dan pegangan-pegangan aset di PBT-PBT begitu pesat dan cepat, umpamanya, mewujudkan Majlis Perbandaran Bangi dengan memisahkannya daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)?

    Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menambah bilangan PBT baru. Kajian terperinci akan dijalankan jika terdapat keperluan untuk mewujudkan PBT baru berdasarkan Seksyen 3, Akta 171.

Lampiran

Tiada Lampiran.