PERTANIAN

48) PERTANIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pendekatan apakah yang diambil oleh YB EXCO Pertanian yang baru bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan petani dan nelayan khususnya di Negeri Selangor?

     Pendekatan yang diambil bagi meningkatkan taraf hidup petani di Negeri Selangor adalah:

    • Memastikan pengeluaran hasil padi yang tinggi dan berterusan melalui Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor. Untuk program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 16.7 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013). Tahun 2014, sebanyak RM1.56 juta telah peruntukkan untuk program
    • Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan.
    • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi)
    • Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan
    • Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sumber Manusia di mana aktiviti-aktiviti latihan, seminar, kursus, lawatan dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan sasar.

Lampiran

Tiada Lampiran.