Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

10) PERTANIAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha sokongan Kerajaan Selangor bagi memastikan nasib golongan petani (padi) terbela dari sudut pendapatan bulanan?

    Antara usaha kerajaan bagi memastikan nasib golongan petani padi terbela dari sudut pendapatan bulanan adalah melalui pelaksanaan Program Natural Farming di kawasan Barat Laut Selangor. Konsep program ini adalah membimbing pesawah melalui kumpulan-kumpulan kecil untuk menggunakan aset setempat secara optimum kearah melaksanakan pertanian secara lestari disamping menjana pendapatan tambahan.Program ini juga merupakan salah satu strategi kearah peningkatan hasil padi.

    Sehingga tahun 2013, sebanyak 15 Pusat Komuniti Pertanian Lestari (Natural Farming) yang telah ditubuhkan  di kawasan barat laut dan seramai 124 petani telah terlibat dalam program ini. Program ini mampu menjana purata pendapatan tambahan sebanyak RM 1000 sebulan untuk petani dan pesawah yang terlibat hasil penjualan produk-produk Natural Farming yang dinamakan Sri Anak, Sri Bunga, Sri Buah.

Lampiran

Tiada Lampiran.