Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

151) PERTANIAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila perjelaskan apakah punca sebenar yang menyebabkan musim menuai Padi setengah tahun yang pertama 2013 mengalami masalah kejatuhan harga padi yang serius khususnya di Dun sekinchan ?

    Masalah kejatuhan harga padi di adalah disebabkan kerana, pada masa penuaian padi di kawasan Dun Sekinchan, kilang-kilang pemprosesan padi telah pun mempunyai kapasiti bekalan padi pada tahap yang selesa dimana ‘demand’ pengilang-pengilang ini tidak lagi tinggi  berbanding seperti di awal musim dimana pengilang ini amat memerlukan bekalan. Oleh kerana daerah Kuala Selangor telah pun menuai terlebih dahulu, petani di daerah tersebut mendapat harga yang lebih baik kerana pengilang-pengilang terpaksa bersaing untuk mendapatkan bekalan. Manakala pada tempoh penuaian di kawasan Sekinchan, pengilang tidak lagi bersaing untuk mendapatkan bekalan padi, oleh itu harga yang ditawarkan tidak lagi seperti di awal musim.

    Jawapan bagi soalan-soalan (b) dan (c) adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan wajar diajukan di Sidang Parlimen.

Lampiran

Tiada Lampiran.