Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

55) PERTANIAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di kawasan Kuala Selangor didapati banyak tanah-tanah milik persendirian dan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar dan tidak diuruskan dengan sempurna contohnya Ôfruit valleyÕ. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam bidang pertanian untuk mengusahakan tanah terbiar tersebut dengan secara maksimum

    Bagi membangunkan projek ‘Selangor Fruits Valley’ (SFV), PKPS telah mengguna pakai dua kaedah iaitu:

     

    Mengusahakan sendiri kawasan tanaman buah-buahan seperti belimbing,

    jambu batu, jambu air, nangka, betik, kelapa pandan, ‘rock melon’ dan lain-lain.

     

    Mengusahakan secara usaha sama dengan pihak luar di mana PKPS menyediakan infrastruktur asas untuk memudahkan aktiviti pembangunan kawasan. Usaha sama tersebut diadakan melalui penyediakan lot-lot pertanian seluas 10 hektar setiap lot untuk diusahakan oleh para usahawan tani di bawah ‘Program Pembangunan Usahawan Tani PKPS’. Lot-lot tersebut perlu diusahakan dengan tanaman buah-buahan selaras dengan objektif SFV, iaitu sebagai kawasan pengeluaran buah-buahan tempatan di Negeri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.