Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

110) PERTANIAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pertanian kerajaan negeri Selangor mengenai pengurusan tanah terbiar

    Kerajaan Negeri peka terhadap isu tanah terbiar di Negeri Selangor. Tanah yang bermilik yang berstatus pertanian dibangunkan di bawah Projek Pembangunan Tanah Terbiar oleh peserta yang mendapat kelulusan daripada pemilik tanah. Pada tahun 2011 sebanyak 6 kawasan dipilih iaitu 3 dari daerah Klang dengan keluasan 12 ha diusahakan oleh 10 orang peserta melibatkan peruntukan sebanyak RM90,000.00 manakala 2 projek dari daerah Hulu Selangor yang melibatkan keluasan 12 ha yang diusahakan oleh 4 orang peserta dengan peruntukan RM120,000.00 dan satu projek di daerah Kuala Selangor yang melibatkan kawasan seluas 4 ha yang diusahakan oleh 2 orang peserta yang melibatkan peruntukan sebanyak RM40,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.