Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

34) PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah projek pertanian lain yang telah dirancang bagi memberi peluang rakyat Selangor memajukan pertanian sebagai satu industri selain projek ternakan babi yang bernilai RM100 juta?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian sentiasa
    proaktif dalam merangka program dan projek-projek pertanianyang terbaik untuk golongan sasaran. Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk
    memastikan petani, penternak dan nelayan mempunyai pendapatan minimum
    RM1,500.00 I bulan. Projek-projek pertanian moden seperti sistem fertigasi dan ternakan dalam kanvas merupakan pendekatan yang akan diperluaskan kepada golongan sasaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.