Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

50) PERTANIAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan dan senaraikan projek-projek yang menggunakan kaedah pertanian persis oleh Jabatan Pertanian dan PKPS.

    Pertanian Persis atau Precison Agriculture (PA) juga dikenali sebagai pertanian jitu adalah merupakan satu konsep pertanian bagi petani mengawal segala aktivit- aktivi yang berkaitan dengan penggunaan baja, pengawalan perosak dan penyakit, penggunaan dan kandungan tanah untuk tanaman serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pertanian melalui penggunaan teknologi. Secara dasarnya, pertanian persis adalah merupakan suatu tindakan atau pelaksanaan secara betul dan tepat dari segi tempat, kaedah dan masa. Dengan penggunaan konsep pertanian persis ini, ianya dapat membantu petani untuk menilai dan memahami masa yang tepat untuk penanaman benih, penggunaan jumlah baja yang betul serta meramal jumlah hasil tuaian tanaman secara tepat.

    Antara penggunaan pertanian persis oleh Jabatan Pertanian Selangor pada ketika ini adalah :-

     

    1. Kaedah pertanian persis ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Selangor bagi penanaman padi. Pihak jabatan mempunyai rekod digital bagi siri tanah, nutrien dalam tanah, pH dan juga Cation Exchange Capacity (CEC) di mana data-data ini digunakan oleh untuk petani membuat amalan di sawah mereka. Kesemua rekod petani juga dikumpulkan dan dissimpan secara sistematik dalam aplikasi yang dibangunkan bersama Jabatan Pertanian dan Agensi Remote

     

    1. Kaedah penanaman di dalam bangunan atau lebih dikenali sebagai plant factory yang merupakan kaedah baharu teknik penanaman dan pengeluaran hasil tanaman di dalam persekitaran terkawal. Konsep penanaman ini boleh dilaksanakan di dalam bangunan atau ruang tertutup serta ianya tidak menggunakan kawasan yang luas memandangkan ianya boleh ditanam secara bertingkat. Melalui konsep penaman ini, pengusaha boleh mengawal sendiri suhu, tahap kelembapan, kepekatan karbin dioksida, intensiti cahaya dan jumlah baja mengikut jenis

     

    1. Tanaman berkonsepkan fertigasi juga adalah merupakan kaedah penanaman yang menggunakan prinsip pertanian persis. Konsep pertanian fertigasi ini merupakan satu konsep penanaman yang kian popular di kalangan usahawan tani khususnya golongan generasi muda di Negeri Selangor. Dengan penggunaan konsep penanaman ini, pengusaha boleh mengawal sendiri jumlah penggunaan air, baja, menetapkan jumlah berat dan tahap kemanisan buah mengikut kehendak pasaran serta dapat meminimakan penggunaan tenaga kerja. Ianya tidak menggunakan kawasan yang luas untuk mendapatkan hasil yang ekonomik (purata 1 ekar untuk 4,000 unit polibeg).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.