Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

76) PERTANIAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan dasar untuk menggalakkan tanaman kontan jenis organik di Selangor di setiap daerah dengan penyediaan tapak?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian mempunyai program pembangunan tanaman kontan yang boleh dibangunkan secara konvensional mahupun secara organik. Bantuan diberikan dalam bentuk input pertanian dan penyediaan kawasan. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian giat menjalankan program bagi menggalakkan penggunaan bahan-bahan organik yang mengandungi mikrob yang baik seperti bokashi, indegenous microbe (IMO), plant booster dan baja organik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap racun kimia.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.