Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

162) PERTANIAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan bilamana lambakan buah-buahan tempatan seperti rambutan yang di tanam oleh orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak dapat dijual atau terbiar busuk begitu sahaja disebabkan permintaan yang kurang?

    Langkah jabatan membantu memasarkan buah-buahan adalah dengan menemusuakan petani tersebut dengan usahawan industri asas tani bimbingan Jabatan Pertanian yang bersesuaian supaya hasil buah-buahan yang berlebihan tersebut dapat digunakan untuk industri hiliran seperti pembuatan jus, bakeri dan lain-lain produk hiliran berasaskan buah-buahan. Selain itu Jabatan Pertanian mendapatkan kerjasama agensi FAMA untuk membantu petani yang memerlukan pasaran hasil buah-buahan tersebut.

    Usaha-usaha juga dibuat supaya buah-buahan ini boleh dieksport adalah dengan memastikan pengeluaran hasil yang bermutu tinggi dan mempunyai pensijilan MyGAP atau SOM. MyGAP merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, Pensijilan MyGAP ini memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan pensijilan ini telah dikenali di seluruh dunia

    Melalui Program Ladang Kontrak Jabatan Pertanian, luang-luang pasaran untuk eksport hasil pertanian dapat dikenalpasti dengan kerjasama agensi- agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Petani yang terlibat akan dibantu untuk mencapai standard yang diperlukan untuk tujuan eksport.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian turut memperuntukkan insentif sebanyak RM 480,000 pada tahun 2014 untuk membantu penanam buah- buahan di Negeri Selangor termasuk menanam benih bagi klon pokok buah- buahan yang mempunyai nilai di pasaran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.