Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

106) PERTANIAN DALAM BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan menggalakkan pertanian secara domestik dalam kalangan penduduk bandar untuk mengurangkan kos sara hidup?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT-PBT Negeri Selangor telah melaksanakan kebun komuniti di bawah Pelan Tindakan Local Agenda 21 (LA21) bagi menggalakkan aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar. Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5/2008 telah memperkenalkan Program Bumi Hijau yang menggalakkan rakyat menyediakan bahan makanan sendiri melalui ‘Tanam, ternak & makan sendiri’. Melalui program ini, masyarakat bandar digalakkan untuk menanam sayur-sayuran dan tumbuh- tumbuhan di kawasan kejiranan mereka sama ada secara individu atau secara kebun komuniti. Ia merupakan salah satu usaha yang boleh menggalakkan pengeluaran makanan tempatan, menjadi sumber untuk bekalan hasil-hasil pertanian bagi kegunaan sendiri atau dijual bagi membantu ekonomi masyarakat bandar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.