Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

18) PERTANIAN DI HUTAN SIMPAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah pertanian tanaman umbisi yang menjadi sumber IKS selepas pemutihan hutan simpan oleh Jabatan Hutan di negeri Selangor termasuk di kawasan Kuala Langat.

    Kerajaan Negeri  Selangor  telah  membuat  keputusan  untuk  mengekalkan  kawasan   Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan mengambilkira keperluan hutan ini yang berperanan dalam menjamin kestabilan ekosistem dan alam sekitar (air,udara dan tanah) di bahagian selatan Selangor.Kerajaan Negeri maklum akan masalah IKS untuk mendapatkan sumber-sumber  mentah  bagi terus memajukan industri ini dan sedang mengkaji kaedah terbaik bagi  menyelesaikannya ini menerusi mekanisma yang menguntungkan kedua-dua pihak, Kerajaan Negeri dan rakyat secara pembahagian adil (menang menang).

Lampiran

Tiada Lampiran.