Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

103) PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pernahkah ahli-ahli dari Jabatan Pertanian mengkaji geografi Selangor dan tanahnya serta menetapkan bidang-bidang tanah yang sesuai untuk memelihara ternakan, kerja kebun atau tanam tanaman? Nyatakan luasnya dan lokasinya tanah-tanah tersebut dan status tanah ini

    Jabatan Pertanian ada menjalankan kajian ke atas tanah di Negeri Selangor
    dengan membuat siasatan tanah tinjauan yang telah siap sepenuhnya dan juga
    siasatan tanah separa lengkap yang sudah 70 peratus siap untuk keseluruhan
    tanah Negeri Selangor. Dari siasatan yang dijalankan bolehlah ditentukan
    kesesuaian tanah dengan tanaman. Jumlah keluasan dan lokasi kesesuaian
    adalah bergantung pada kajian lanjutan mengikut permohonan pengusaha.
    Maklumat-maklumat lain juga digunakan untuk memastikan kesesuaian seperti peta zon tanaman, peta guna tanah semasa dan peta kelas tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.