Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

99) PERTANIAN (HARGA KELAPA)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah harga kelapa bukanlah masalah yang baru, walaupun harga kelapa di pasaran masih tinggi iaitu RM 1.20 hingga RM 1.50 (sebiji siap parut) namun demikian harga kelapa yang diambil dari pekebun kelapa masih di tahap rendah RM 0.20 hingga RM 0.40 sebiji (tidak termasuk upah). Keadaan ini telah menghimpit kehidupan pekebun kelapa dan pekebun kelapa berada dalam dilema. Apakah usaha kerajaan negeri di dalam menaikkan harga kelapa dari kebun dan membela nasib pekebun kelapa?

    Usaha yang dijalankan oleh pihak negeri antaranya adalah:

    i. Mengalakan petani menjual kelapa muda kerana harga yang boleh
    diperolehi adalah 40% lebih tinggi dari jualan kelapa tua.

    ii. Menambah pendapatan petani dengan mewujudkan industri hiliran
    daripada hasil kelapa seperti industri minyak kelapa dara dan kraf tani

    iii. Menambah pendapatan petani dengan mengusahkan tanaman salingan
    seperti pisang, jagung dan nanas.

Lampiran

Tiada Lampiran.