PERTANIAN KAWASAN SABAK

34) PERTANIAN KAWASAN SABAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk kampung tradisi yang bergantung hasil kepada pertanian dan komoditi seperti kelapa, kelapa sawit, dan padi? Apakah Kerajaan Negeri ada menyediakan skim bantuan pemulihan tanah sawah yang sudah berasid akibat penggunaan racun dan baja?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan peruntukan sebanyak RM 1.08 juta bagi pembangunan industri kelapa dan RM 2.2 juta bagi program peningkatan hasil padi. Bagi program peningkatan hasil padi, salah satu aktiviti program ini adalah pemulihan tanah berasid. Jabatan Pertanian memberi bantuan dalam bentuk input kapur dengan kerja-kerja menabur dengan kadar 5 metrik tan per lot sawah (1.2 ha) bagi meningkatkan pH tanah daripada 4.5 kepada 6.5. Bagi tahun ini, kerja-kerja mengapur tanah sawah sedang dijalankan di kawasan Pasir Panjang Timur.

Lampiran

Tiada Lampiran.