Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

76) PERTANIAN MODEN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa peranan kerajaan negeri untuk menuju ke arah industri pertanian moden di Selangor?

    Antara usaha kerajaan negeri dalam permodenan pertanian di Negeri Selangor adalah:

    • Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi. Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :
      • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
      • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
      • Pembajaan
      • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
      • Pertanian Lestari (Natural Farming)

     

    • Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Dimana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7,560,000 dibawah RMKe-10 (Tahun 2011-2015).

     

    • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa), dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) dimana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program-program tersebut di bawah RMKe-10 (Tahun 2011-2015). Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran menumpukan kepada penggunaan teknologi fertigasi yang sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan

     

    • Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Mapan dengan objektif:

     

    • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
    • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
    • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam

     

    • Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (MyGAP), melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat

     

    • Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian melalui seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman. Usahawan dibimbing menggunakan teknologi pengilangan dan pembungkusan yang terkini dan kearah Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Pensijilan

     

    • Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sumber Manusia dimana aktiviti-aktiviti latihan , seminar, kursus, lawatan dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada golongan sasar melalui Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP).

    Sebagai Negeri Industri dan hampir 80% adalah kawasan bandar, Selangor akan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan terutamanya bagi tanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan kelapa. Sejak tahun 2008, teknologi moden, tepat dan sesuai dengan pengeluaran produk tertentu akan digunakan bagi menjaga penjadualan pengeluaran dan kualiti hasil pertanian dan antara inisiatif dan teknologi yang diberi tumpuan:

    1. Sistem Fertigasi

    Sistem fertigasi adalah sesuai bagi tanaman buah-buahan seperti melon dan sayur- sayuran bernilai tinggi. Walaupun teknologi pengeluaran ini memerlukan modal yang tinggi, namun ianya sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan pengguna dapat mengawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi. Kini teknologi ini digunakan secara meluas oleh petani di seluruh negeri Selangor. Pihak Jabatan Pertanian dengan kerjasama petani bimbingan telah berjaya mewujudkan inovasi fertigasi secara terbuka dengan kos operasi yang lebih rendah. Kini inovasi ini sedang berkembang dikalangan petani di Selangor.

    1. Teknologi ‘Pertanian Mapan’

    Penerokaan terhadap teknologi Pertanian Mapan dalam penanaman sayur-sayuran dan padi membantu menghasilkan produk-produk pertanian yang selamat dan mesra alam akibat penggunaan racun dan baja kimia yang minima dan berhemah. Penggunaan bahan semulajadi menggantikan racun dan baja kimia yang mahal dapat membantu mengurangkan kos operasi petani. Melalui Program Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset (Asset-Based Community Development (ABCD) yang dilaksana sejak tahun 2010, sebanyak 15 Kumpulan Pertanian Mapan telah berjaya diwujudkan di kawasan padi Barat Laut Selangor dan masih aktif sehingga kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.