Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

113) PERTANIAN MODEN DAN TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan tanah pertanian selain kelapa sawit yang dibangunkan secara teknik moden dan tradisional? Sila beri jawapan dalam ekar dan pecahan mengikut daerah.

    1. Pertanian tradisional tidak lagi diamalkan kerana memerlukan tenaga manusia yang banyak dengan hasil yang rendah. Walaupun masih terdapat petani yang mengamalkan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan, elemen pertanian moden digunakan dengan penggunaan benih moden, baja, bahan organik, mikrob serta bahan-bahan kimia dan kaedah seperti teknologi fertigasi serta kaedah yang lebih menjimatkan tenaga dan pemasaran secara moden. Secara umumnya, keluasan pertanian (selain sawit dan getah) mengikut daerah adalah seperti berikut;

     

    Bil Daerah Keluasan pertanian (ha)
    1 Hulu Selangor 1,784.32
    2 Kuala Selangor 11,175.45
    3 Sabak Bernam 20,178.13
    4 Kuala Langat 6,246.92
    5 Klang 6,071.72
    6 Hulu Langat 1,149.00
    7 Sepang 1,615.06
    8 Gombak 1,265.31
    9 Petaling 216.69

Lampiran

Tiada Lampiran.