Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

149) PERTANIAN MODEN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda luar bandar bagi menceburkan diri dalam sektor pertanian agar golongan ini tidak berhijrah ke bandar untuk mencari sumber rezeki?

    Antara usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda luar bandar bagi menceburkan diri dalam sektor pertanian agar golongan ini tidak berhijrah ke bandar untuk mencari sumber rezeki antaranya adalah:

    1. Mewujudkan dan menggalakkan penyertaan anak muda dalam projek pertanian bernilai tinggi seperti tanaman nanas MD2, ternakan lembu tenusu, bidang industri asas tani dan projek yang mempunyai hasil pulangan yang tinggi;
    2. Skim latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian seperti inkubator usahawan tani, latihan kejuruteraan pertanian, latihan industri asas tani dan latihan-latihan teknikal yang berkaitan;
    3. Penggunaan teknologi dan IOT dari segi benih, tanaman, ternakan dan pemasaran hasil pertanian;
    4. Dana, pinjaman dan geran melalui Agrobank dan Hijrah.

Lampiran

Tiada Lampiran.