Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

7) PERTANIAN PASCA COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan industri pertanian sebagai industri yang berpotensi tinggi di Negeri Selangor dalam era pasca Covid-19?

    Di dalam meningkatkan industri pertanian sebagai industri yang berpotensi tinggi di Negeri Selangor dalam era pasca Covid-19 Kerajaan Negeri Selangor telah memberi tumpuan kepada beberapa jenis tanaman berpenghasilan dan bernilai tinggi. Antaranya tanaman nanas MD2, kelapa, pisang, betik, tembikai rock melon, salad dan cendawan. Kerajaan Selangor juga memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi bagi mendapatkan hasil yang tinggi, kos dan tenaga yang murah dan kelestarian kepada alam sekitar. Oleh itu, Kerajaan Negeri bersama jabatan dan agensi yang bertanggungjawab melihat kepada keseluruhan rantaian nilai pembangunan pertanian seperti tanah, teknologi benih, teknologi pengeluaran dan pemasaran. Di semua peringkat ini perlu dipermodenkan dan memberi nilai tambah kepada ekonomi. Kerajaan Negeri mensasarkan pencapaian dan sumbangan bidang pertanian kepada KDNK negeri meningkat kepada sekurang-kurangnya 2 peratus dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.