Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

123) PERTANIAN ( SAWAH PADI )

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah ancaman Ò Siput Gondang Ò telah merosakkan tanaman padi di kawasan Sungai Burong?

    Ancaman Siput Gondang dari jenis Poamacea insularus telah mula di kesan awal
    tahun 1991 di kawasan Tali air Dua Sungai Burong dan telah tersebar dalam parit dan
    tali air Sungai Burong. Serangan Siput Gondang Poamacea di dalam kawasan petak
    sawah dilaporkan berlaku pada musim 1/2007 di Parit 4 dan Tali air Satu Sungai Burong
    pada peringkat anak benih padi sehingga 21 hari selepas tabur. Tahap keterukan
    serangan sehingga mencapai 10-50% pada benih padi mendatangkan kerugian kepada
    petani bagi menanggung kos untuk menabur dan menyulam semula anak benih padi.
    Kemampuan Siput Gondang untuk bertelur banyak sehingga 200-500 biji sepasang dan
    hidup sehingga 3 kaki kedalaman dari permukaan sawah meningkatkan lagi status
    populasi siput di dalam sawah. Didapati beberapa musim yang lalu berlaku penurunan
    serangan siput gondang di kawasan Sg. Burong. Walau bagaimanapun sedikit
    peningkatan serangan bagi musim 02/09 iaitu sebanyak 15.82 ha. Manakala pada
    musim 02/08 serangan melibatkan 7.0 ha serangan. Ancaman serangan Siput gondang
    dijangka meningkat sekiranya tiada kawalan secara berterusan oleh petani sama ada
    secara kawalan biologi atau kimia.

Lampiran

Tiada Lampiran.