Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

273) Pertanian Skala Kecil

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan program kerajaan untuk membantu pertanian berskala kecil, misalnya saiz tanah di bawah 5 ekar?

    Pengusaha skala kecil merupakan fokus utama bagi Jabatan Pertanian. Data Jabatan Pertanian menunjukkan hampir 80 peratus (36,900 orang petani) daripada 46,125 jumlah petani merupakan petani berskala kecil dengan luas usaha kurang 5 ekar. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pertanian memberikan bantuan mengikut bidang usaha petani seperti infrastruktur, input pertanian, peralatan, jentera dan khidmat nasihat. Petani berskala kecil digalakkan mengusahakan tanaman yang mempunyai nilai pasaran dan permintaan yang tinggi serta sentiasa peka terhadap kehendak pasaran. Beberapa program telah dijalankan kepada petani berskala kecil seperti pembangunan tanaman buah-buahan, sayuran, kontan, herba, cendawan, ternakan lebah dan kelulut, tanaman fertigasi dan florikultur.

Lampiran

Tiada Lampiran.