Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

17) PERTANIAN UNTUK ANAK MUDA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan sebagai galakkan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian terutamanya di kawasan Bandar?

    Kerajaan Negeri Selangor amat mengalu-alukan dan menggalakkan pembabitan golongan generasi muda untuk menceburi bidang pertanian khususnya di kawasan bandar. Galakan dan sokongan Kerajaan Negeri Selangor ke atas golongan generasi muda tersebut adalah dengan mewujudkan program-program seperti berikut :-

    1. Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS)

    Program AGROGEMS adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk mengenal pasti golongan generasi muda yang telah memulakan projek-projek pertanian dan seterusnya mereka ini akan dibantu dari segi bantuan peralatan ataupun kursus dan latihan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap produktiviti dan kualiti produk. Manakala bagi yang belum memulakan projek pertanian tetapi berminat akan diberikan pendedahan melalui program seminar dan kursus yang disesuaikan mengikut minat mereka.

    1. Program Ladang #SmartSelangor

    Program ini diwujudkan bagi memberikan peluang kepada semua golongan termasuk golongan generasi muda yang berpengalaman, berpengetahuan dan berminat untuk menceburi sektor pertanian tetapi tidak mempunyai tanah atau kawasan yang boleh dimajukan. Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keluasan kawasan pertanian makanan yang baharu dibuka diperuntukkan kepada golongan generasi muda melalui Program AGROGEMS untuk diusahakan secara berkelompok atau di dalam satu kawasan khas.

    1. Program Kebun Komuniti

    Program ini diwujudkan bagi memastikan setiap inci tanah milik Kerajaan Negeri Selangor yang terbiar khususnya di kawasan bandar dapat dibangunkan untuk tujuan mengeluarkan hasil tanaman makanan secara berkelompok dengan menggunakan teknologi-teknologi pertanian yang moden sebagai contoh tanaman berkonsepkan fertigasi mamandangkan keluasan tanah khususnya di kawasan bandar amat terhad.

Lampiran

Tiada Lampiran.