Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

6) PERTELINGKAHAN ANTARA FAS DENGAN FAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab utama FAS enggan melepaskan pemain-pemain Selangor kepada pasukan kebangsaan dalam persediaan melawan pasukan Liverpool memandangkan peluang beraksi bersama-sama pasukan bertaraf antarabangsa adalah sangat penting bagi pemain-pemain tempatan?

    Tiada pertelingkahan anatar FAS  dengan  FAM  Cuma  berlaku  sedikit perbezaan pendapat kepada kedua-dua badan induk bolasepak tersebut. Pihak FAS enggan melepaskan pemain – pemain Selangor kepada pasukan kebangsaan dalam persediaan melawan pasukan Liverpool FC adalah kerana perlawanan tersebut adalah merupakan kelolaan syarikat penganjur bukannya FAM dimana sejumlah wang dibayar kepada Liverpool FC.

     

    Pihak FAS juga tidak mahu persiapan dan fokus kepada persediaan Liga Super terganggu dan FAS sentiasa memastikan semua pemain berada di tahap kecergasan yang terbaik bagi menghasilkan permainan yang berkualiti dan mempunyai fokus yang tinggi.

    Selain itu juga, perlawanan ini merupakan perlawanan yang tiada kena mengena dengan ‘ranking’ FIFA dan ianya tidak menjadi keutamaan pihak FAS untuk melepaskan pemain kecuali perlawanan tersebut melibatkan ranking negara demi menjaga maruah bolasepak negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.