Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

105) PERTINGKATKAN PENGURUSAN MRR2

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penyelenggaraan Jalan Lingkaran Tengah II atau MRR2 tidak menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi agensi yang yang terlibat dalam mengurus, menyelia dan menyenggara MRR2 di Negeri Selangor adalah Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Langat). Sila kemukakan kos yang ditanggung (jika ada) oleh JKR Daerah Petaling, JKR Gombak dan JKR Hulu Langat.

    Jalan Lingkaran Tengah II atau MRR2 adalah merupakan laluan utama Persekutuan yang menghubungkan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Panjang jalan tersebut adalah 39.9 kilometer iaitu 20.54 kilometer di Negeri Selangor dan 16.26 kilometer di Wilayah Persekutuan. Pihak yang menanggung kos mengurus, menyelia dan menyenggara MRR2 adalah seperti berikut:-

    1. Syarikat Alloy Advertising Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk paparan pengiklanan. Sebagai timbal balas Syarikat Alloy Advertising telah diminta untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin seperti pemotongan rumput, ’patching potholes’, mencuci perabot jalan, membersihkan longkang dan landskap.
    2. Melalui Jabatan Kerja Raya Selangor, kos purata yang diterima setahun adalah berjumlah RM1.5 juta untuk 3 Daerah (JKR Gombak, Petaling dan Hulu Langat). Kerja-kerja yang dilaksanakan adalah membaiki sendi renggang jambatan, mengganti penghadang jalan, membersih dan mengganti longkang yang rosak serta pembersihan jalan menggunakan jentera.

Lampiran

Tiada Lampiran.