Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

271) PERTUKARAN MENTERI BESAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kewajaran dan kenapakah Menteri Besar sebelum ini perlu ditukar dari sudut pentadbiran negeri?

    Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor pada 23 September 2014. Maka itu, proses lantikan Dato’ Menteri Besar baru adalah perlu setelah Menteri Besar meletakkan jawatan.

    Pertukaran Menteri Besar berlaku apabila telah ada surat akuan daripada tiga puluh (30) orang Ahli Dewan Negeri yang tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada YB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.