Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

250) PERTUKARAN NAMA UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pertukaran nama Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor telah diluluskan baru-baru ini. Apakah rasional pertukaran nama ini?

    1. Hakikatnya, UNISEL tidak perlu berlengah-lengah atau menunggu tempoh  tertentu  untuk berubah. Persekitaran alam pendidikan telah berubah, masyarakat juga telah berubah dan mengharapkan universiti memainkan peranan yang lebih luas, sebagai penjana idea dan pembaharuan serta sebagai pemangkin kepada kemajuan intelek, ekonomi dan sosial, bukan setakat terhad kepada pembangunan ‘industri’

     

    Ini kerana, Negara kita sedang mengecapi kemajuan dan ekonomi pelbagai (Diversified) yang cukup pesat di samping keperluan melahirkan insani yang lebih dinamik, insaniah, berjiwa lebih besar serta berkemahiran tinggi. Tuntutan ini juga meliputi evolusi dari segi Misi, Visi agar Selari dengan perkembangan masyarakat global. Rumusannya ialah, UNSIEL perlu penjenamaan semula termasuk nama baru bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta khususnya.

     

    Penjenamaan semula bukan satu perkara asing terutamanya dalam syarikat-syarikat korporat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Ianya dilihat sebagai salah satu usaha untuk memastikan imej, reputasi dan peranan UNISEL dapat difahami umum. Penjenamaan ini juga memberi kesan kepada penerimaan umum dan pihak majikan terhadap alumni UNISEL.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.