Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

118) PERTUMBUHAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kesan krisis ekonomi negara terhadap pertumbuhan ekonomi negeri?

    Negeri Selangor telah  mencapai  pertumbuhan  ekonomi  yang  kukuh  pada tahun 2013 dengan pertumbuhan sebanyak 5.8%. Sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 23.7% iaitu yang tertinggi antara negeri lain di Malaysia, pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor menjadi indikator prestasi ekonomi Malaysia secara keseluruhannya. Dasar ekonomi yang bercorak terbuka di Negeri Selangor menjadikan pasaran ekonomi Selangor berdaya saing sehingga ke peringkat global dengan jalinan perdagangan dalam dan luar negara yang berkembang pesat. Perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Selangor merupakan imej langsung ekonomi negara. Krisis penurunan harga minyak mentah, harga minyak sawit yang lemah dan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar dijangkakan memberi kesan secara tidak langsung kepada ekonomi Negeri Selangor.

     

    Pertumbuhan KDNK dijangkakan akan mengalami sedikit kemerosotan di mana krisis ini akan memberi kesan negatif kepada urusniaga dagangan yang dilaksanakan dengan transaksi nilai matawang asing. Selain itu, sektor-sektor utama turut akan menerima kesan secara tidak langsung terutama terhadap import dan eksport.

Lampiran

Tiada Lampiran.