PERTUMBUHAN EKONOMI
33) PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mempunyai 'economic and industrial blueprint' untuk mendepani cabaran ekonomi semasa yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi khususnya KDNK Selangor?
Dalam usaha mendepani cabaran ekonomi semasa serta memastikan pertumbuhan KDNK Selangor terus dinamik, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah menerbitkan Selangor Industrial Master Plan sebagai panduan dalam memacu pertumbuhan sektor perindustrian di Negeri Selangor.
Invest Selangor juga ketika ini dalam proses akhir bagi mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri terhadap beberapa Pelan Tindakan seperti berikut;-
- Pelan Tindakan Halal Selangor
- Pelan Tindakan Aero Angkasa Selangor
Selain itu, pihak Invest Selangor juga dalam proses untuk menerbitkan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor yang mana ketika ini dalam peringkat pemilihan perunding bagi melaksanakan kajian yang akan dilakukan kelak.
