Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

267) PERUBAHAN CUACA YANG SEMAKIN PANAS DI NEGARA KITA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor memberi insentif kepada pemaju Yang berupaya melaksanakan projek perumahan "Go Green" ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum memberikan sebarang insentif kepada pemaju yang berupaya melaksanakan projek perumahan Go Green secara menyeluruh di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, terdapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memberikan insentif secara langsung kepada pemaju yang melaksanakan projek Go Green / Green Building di kawasan pentadbiran masing-masing. Misalnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang memberikan insentif kepada pemaju seperti berikut :-

     

    • Penyediaan perimeter planting di mana penyediaan 2 meter perimeter planting diambilkira dalam 6 meter anjakan

     

    • Pematuhan Dasar “Best Planning Practice” – Penyediaan kawasan lapang– 1,000 orang / 2 hektar di mana pencapaian minima 60% untuk membolehkan pertimbangan Kebenaran Merancang (KM) dibuat.

     

    • Pertimbangan untuk    menaikkan    densiti    pembangunan    mengikut kesesuaian

     

    • Pertimbangan untuk menaikkan plot ratio

     

    Untuk makluman Yang Berhormat puan juga, terdapat projek yang pertama mendapat pengiktiran 1st Malaysia In Green Building Index Certified Affardable Homes iaitu projek Rumah Selangorku di Puchong Utama, Subang Jaya yang dibangunkan oleh Tetuan Hillcrest Gerden Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.