Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

130) PERUMAHAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penghuraian Exco Perumahan mengenai jumlah rumah kos rendah dan mampu milik yang telah dibina di Selangor sejak 2008 dan terangkan langkah-langkah yang akan diambil untuk merealisasikan dasar perumahan mampu milik negeri.

    Jumlah Rumah Kos Rendah (Rumah Selangorku Jenis A) yang telah dibina di Selangor dari tahun 2008 sehingga 2014 adalah berjumlah 4,393 unit yang melibatkan 12 projek seperti berikut:

    Bil. Projek Lokasi Bil. Unit
    1. Aman Perdana Klang 320
    2. Perdana Residence Gombak 108
    3. Setia Alam Fasa 2 Bukit Raja 725
    4. Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3 Klang 800
    5. Taman Damai Utama Petaling 730
    6. Taman Puchong Prima Petaling 212
    7. Pangsapuri Sri Sekamat Cheras 78
    8. Taman Seri Melur Kajang 22
    9. Wawasan Asli Klang 30
    10. Alam Impian Klang 270
    11. Taman Putra Prima Dengkil 448
    12. Setia Alam Fasa 3 Bukit Raja 650
    Jumlah 4,393

    Manakala jumlah Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Jenis B, C, D) yang telah dibina adalah berjumlah 1,683 unit melibatkan 9 projek berikut:

    Bil. Projek Lokasi Bil.Unit
    1. Desa Alam, Seksyen U12 Bukit Raja 104
    2. Sri Embun, Sutera Damansara Damansara 236
    3. Seksyen 3, Bandar Baru Bangi Kajang 124
    4. Sunville Fasa 2 Cheras 30
    5. Antara Gapi Serendah 129
    6. Alstonea @ Taman Subang Mas Damansara 20
    7. Masreca 19, Cyberjaya Dengkil 960
    8. Taman Emas Dengkil (Bayu) Dengkil 40
    9. Taman Emas Dengkil (Suria) Dengkil 40
    Jumlah 1,683

    Antara langkah-langkah yang diambil bagi merealisasikan Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) adalah dengan menetapkan sebarang pembangunan yang melebihi 5 ekar perlu menyediakan Rumah Selangorku (2 ekar ke atas bagi kawasan Petaling Jaya dan Ampang Jaya). Berdasarkan Dasar Rumah Selangorku ini, keperluan bagi penyediaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) ini ditetapkan harga jualan dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 jenis dan saiz adalah ditentukan berdasarkan kawasan pembangunan perumahan yang mana dipecahkan kepada tiga (3) Zon iaitu Zon 1,  Zon 2 dan Zon 3. Pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan di mana kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur telah tersedia. Setiap zon tersebut pula akan dipecahkan mengikut keluasan tapak cadangan pembangunan untuk ditentukan penyediaan Rumah Selangorku yang perlu dibina.

Lampiran

Tiada Lampiran.