Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

91) PERUMAHAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan kampung/desa boleh memiliki rumah kediaman mampu milik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) diperkenalkan untuk mengimbangi penyediaan rumah-rumah mampu milik dengan rumah harga bebas. Dasar Rumah Selangorku ini, digariskan bagi memenuhi keperluan penyediaan rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk penduduk di luar bandar (kampung dan desa) pada harga mampu milik berdasarkan kepada pendapatan mereka. Harga jualan mampu milik ini telah ditetapkan bermula daripada RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit dengan mengikut jenis dan saiz keluasan berdasarkan kepada Zon Pembangunan Perumahan yang telah ditetapkan. Pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan di mana kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur telah tersedia. Setiap zon tersebut pula akan dipecahkan mengikut keluasan tapak cadangan pembangunan untuk ditentukan penyediaan Rumah Selangorku yang perlu dibina. Melalui dasar yang tetapkan ini secara tidak langsung Kerajaan Negeri telah membantu kira-kira 20% hingga 50% penduduk di Negeri Selangor memiliki rumah pada harga kawalan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.