Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

97) PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri merancang untuk meningkat pembinaan rumah kos rendah di kawasan Kuala Selangor khususnya di Ijok.

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) ketika ini masih lagi mengenalpasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Rumah Selangorku dari harga RM42,000 sehingga RM250,000.00. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus bagi penyediaan Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah) di DUN Ijok.

    Walau bagaimanapun, rekod Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mendapati sekurang-kurangnya terdapat enam (6) Projek Rumah Selangorku yang akan dibangunkan oleh pihak swasta di keseluruhan Daerah Kuala Selangor berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Keseluruhan unit yang diluluskan untuk dibina adalah melebihi 1,929 unit yang merangkumi dari Rumah Selangorku Jenis  A sehinggalah Rumah Selangorku Jenis D.

Lampiran

Tiada Lampiran.