Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

116) PERUMAHAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai suatu perancangan khusus untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan RM4,000.00 ke bawah sebulan untuk memiliki rumah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, dasar Kerajaan Negeri mempunyai satu dasar perumahan rumah mampu milik yang dikenali sebagai Dasar Rumah Selangorku. Pengenalan Dasar Rumah Selangorku adalah bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan berpendapatan rendah & sederhana untuk memiliki rumah pada harga mampu milik yang mengikut kemampuan mereka. Rumah Selangorku ini hanya boleh dipohon kepada mereka yang berpendapatan isi rumah 10,000.00 dan kebawah.

     

    Berikut merupakan jadual perincian komponen Rumah Selangorku:-

     

    KOMPONEN

    RUMAH

    SELANGORKU

    LUAS MINIMUM BINAAN

    (kps)

    HARGA JUALAN MAKSIMUM  (RM)
    BERTINGKAT (PANGSAPURI)
    JENIS A 700 42,000.00
    JENIS B 750 100,000.00
    JENIS C 800 150,00.00
    JENIS D 900 200,000.00
    JENIS E* 900 250,000.00
    BERTANAH (TERES ATAU RUMAH BANDAR)
    JENIS A 700 (Rumah Bandar) 42,000.00
    JENIS B 750 (Rumah Bandar) 100,000.00

     

    KOMPONEN

    RUMAH

    SELANGORKU

    LUAS MINIMUM BINAAN

    (kps)

    HARGA JUALAN MAKSIMUM  (RM)
    JENIS C 1,000 (Rumah Bandar) 200,000.00
    JENIS D 900 (Rumah Teres 20’ X 60’) 250,000.00
    *Nota

    I. Jenis E hanya Terpakai Bagi Kawasan MBPJ, MPAJ & MPSJ (Bawah 5.00 Ekar)

Lampiran

Tiada Lampiran.