Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

127) PERUMAHAN BUKIT BOTAK (SELAYANG MUTIARA)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik terkini status kemasukan dan permohonan serta pembiayaan perumahan Bukit Botak?

    Setakat 15.5.2014 seramai 1,193 peserta telah ditawarkan rumah di projek Perumahan Bukit Botak. Status terkini semua peserta tersebut adalah seperti berikut :-

     

    Bil. Perkara Jumlah Peserta Peratus
    1. Telah menerima kunci rumah 509 43 %
    2. Akan menerima kunci dalam masa terdekat sebaik sahaja pihak bank melepaskan pinjaman yang diluluskan 151 13 %
    3. Dalam proses pindahmilik 172 14 %
    4. Telah    lulus   pinjaman   dan   belum bayar perbezaan 47 4 %
    5. Sedang mendapatkan pinjaman 252 21 %
    6. Tawaran baru 49 4 %
    7. Serah semula kepada PKNS 13 1 %

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.