Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

143) PERUMAHAN BUMIPUTERA DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan pencapaian dasar perumahan kuota bumiputera?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor sedang mengemaskini inventori, menerusi Laporan Pemantauan Kuota Jualan Bumiputera. Inventori ini diwujudkan hasil daripada maklumbalas Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2015 yang mencadangkan agar Kerajaan Negeri perlu mempunyai inventori yang menyenaraikan projek pembangunan yang diluluskan berserta pematuhan kuota jualan bagi mengukur pencapaian dasar perumahan kuota bumiputera di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.